4. 'CT scan' mungkin diperlukan sekiranya kanser tiroid disyaki, kelenjar limfa leher terlibat ataupun tiroid jenis 'retrosternal' (iaitu tiroid yang mengembang ke dalam rongga dada). Ia biasanya tidak diperlukan untuk gumpalan kecil.5. Ujian darah untuk gambaran fungsi hormon kelenjar (fT4, TSH), tahap antibodi tiroid, thyroglobulin levels mungkin diperlukan.
Talks about HYPERTHYROIDISM on 20/12/16(for educational purposes, in Mandarin, copyright ntv7)
Talks about NECK SWELLING on 2/1/15(for educational purposes, in BM, copyright TV9)
Talks about THYROID on 6/12/16(for educational purposes, in BM, copyright TV3)
Apakah kelenjar tiroid? Tiroid adalah kelenjar kecil yang terletak di bahagian tengah dan depan leher, di bawah peti suara ('larynx').Kelenjar in bertujuan menghasilkan sejenis hormon (iaitu bahan kimia dalam badan) yang dikenali 'tiroksin'. Paras hormon yang normal diperlukan untuk memastikan perkembangan fizikal dan mental yang normal. Dalam orang dewasa, ia menjamin sel hidup tubuh berfungsi pada kadar metabolic yang terkawal.Apakah masalah yang mungkin timbul ?Ketulan atau benjolan mungkin timbul dalam kelenjar tiroid menyebabkan pelbagai penyakit tiroid. Benjolan tiroid yang jelas dinampak secara luaran dikenali sebagai Goiter. Kelenjar mungkin terlibat secara keseluruhan ataupun terdapat sebiji atau banyak gumpalan. Gumpalan atau benjolan juga berkait rapat dengan masalah ketidakseimbangan rembesan hormon tiroid. Masalah ini merangkumi pesakit dengan hormon tiroid yang dihasilkan dalam amaun berlebihan (hipertiroid) atau kesuntukan (hipotiroid) tetapi kebanyakan pesakit goiter mempunyai paras hormone tiroksin yang normal.Gejala penyakit hipertiroid termasuk tangan yang terketar-ketar, tidak tahan atau sentiasa merasa kepanasan, senang naik angin, masalah susah tidur, hilang berat badan walaupun selera makan baik, mata bengkak/terbeliak (seperti dalam gambar). Secara amnya, pesakit mengalami kadar metabolik yang terlalu tinggi.Gejala penyakit hipotiroid yang disebabkan kadar metabolik yang terlalu rendah pula merangkumi senang keletihan, berat badan yang semakin bertambah dan pemikiran atau percakapan yang lambat/tidak aktif.Benjolan tunggal (’Single Nodule’)Benjolan tunggal merupakan kes goiter yang istimewa. Kebanyakan (90%) kes tidak berkanser, sebaliknya berupa ketulan berisi cecair ('cyst') ataupan gumpalan tisu tiroid yang tidak akan merebak atau menghakis struktur berdekatan (sebagaimana kanser akan bertindak). 10% lagi biasanya adalah kanser yang tidak agresif ('low-grade'), yang biasanya dapat diubati sepenuhnya. Walau bagaimanapun, jarang-jarang sekali kanser yang bersikap agresif pun boleh berlaku juga.'Multinodular goitre ' (MNG)Kerapkali benjolan bukanlah tunggal tetapi banyak dan merupakan sebahagian daripada gejala bukan kanser yang dikenali sebagai 'mutilnodular goiter' (MNG). Kadang kala, ia mugkin didapati mengandungi sel kanser !Gupalan koleksi cecair ('Cyst')Gumpalan koleksi cecair dalam tiroid adalah kejadian agak biasa. Adakalanya, pesakit sendiri tidak menyedarinya tetapi ia boleh terus membesar sehingga dapat dirasai pesakit sendiri.
'Colloid Nodules'Ini adalah gumpalan bukan kanser yang terdiri daripada sel tiroid yang telah mengembang, dimana kandungannya berisi 'colloid'. Ia mungkin tunggal ataupun banyak dan boleh mencecah saiz yang amat besar. Pembedahan mungkin diperlukan sekiranya ia terlalu besar sehingga menghimpit salur pernafasan atau salur makan dan juga sekiranya ia menjejaskan rupa atau kecantikan seseorang.Ketumbuhan bukan kanser Ketumbuhan jenis ini (biasanya jenis sel 'adenoma') disebabkan pertumbuhan sel folikel (iaitu sejenis sel asas tiroid) yang tidak normal. Ia mungkin susah dibezakan daripada sel kanser tiroid semasa ujian FNAC (sila rujuk sebelah). Pembedahan biasanya disyorkan unutk mendapatkan kepastian diagnosis. Kanser tiroidKanser yang paling biasa adalah jenis 'papillary' or 'follicular'. Kedua-duanya merangkumi lebih daripada 90% jumlah kes kanser tiroid. Namun, ia jarang membawa padah. Kemungkinan sel kanser merebak ke kelenjar limfa leher dan lebih jauh lagi seperti paru-paru memang wujud. Namun peluang kanser jenis ini diubati sepenuhnya masih cerah. Pembedahan biasanya diperlukanMaka, apakah komplikasi penyakit tiroid ?Goiter, terutamanya MNG, boleh membesar sehingga boleh menghimpit pada salur pernafasan ('trachea') dan salur pemakanan ('esophagus') menyebabkan kesesakan nafas, suara garau, batuk, leher terasa tertekan dan susah menelan.Dalam keadaan ini, pembedahan amat diperlukan. Pembedahan juga diperlukan sekiranya doktor mengesyaki kanser dalam kelenjar tiroid yang membesar ataupun benjolan menjejaskan paras rupa seseorang..Jadi, bagaimana masalah ini ditangani ?1. Ultrasound mungkin diperlukan untuk mengukur saiz kelenjar dan untuk mencari benjolan tiroid lain. 2. 'Fine needle aspiration cytology' (FNAC). Ujian ini amat berguna dan tepat. Sampel sel yang kecil disedut melalui jarum daripada benjolan tiroid tersebut, kemudian sel-selnya dikaji di bawah mikrosop untuk memberikan gambaran sebenar gumpalan tersebut. Pengunaan ultrasound untuk memandu proses FNAC (seperti gamber di bawah) akan meningkatkan ketepatan proses pengambilan sampel daripada benjolan kelenjar tiroid.3. Pemeriksaan endoskopi peti suara untuk menyangkal kebarangkalian saraf peti suara terjejas sebelum dan selepas pembedahan.Kanser kelenjar tiroid boleh menjejaskan saraf peti suara dan menyebabkan banyak masalah seperti suara bertukar garau, sedang tersedak semasa minum air dan makan.
PAUTAN BERKAITAN
Bengkak/Benjolan Kepala Leher
Lemah Saraf Peti Suara
Ultrasound-guided biopsy
DOWNLOAD OUR CONTACT DETAILS:
ENTdrvincenttan@gmail.com
+603-3377 7864+6012-3760 728
Vincent Ear, Nose, Throat, Head and Neck Surgery Specialist Clinic, Clinic Suite 210, Level 2,KPJ Klang Specialist HospitalNo.102, Persiaran Rajawali/KU 1,Bandar Baru Klang,41150 Klang,Selangor
Ear, Nose and Throat (ENT), Thyroid, Head and Neck Surgery
Specialist Clinic
Committed to YOUR Well-being
Language/语文 :